-------DON'T U EVER2 TOUCH MY CODE! (except for edit only) THEN, DON'T U EVER TOUCH CREDIT SECTION OK!!!!!--------->

![]() Today is Friday :)
Salam semua! Salam Jumaat yang barakah! Hari yg paling baik daripada hari2 yang ada. Semoga korang semua dapat memanfaatkan hari jumaat nieh :) Bercerita pasal hari JUMAAT, tahu kah anda2 semua, bahawasa nya hari jumaat nieh ada 6 kelebihan nya. Apa dye kelebihan nye? nak tahu? okeyy let's read ; 1. Berlakunya Hari Qiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa: " Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Hari yang dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari yang disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat." 2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga. Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: " Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga." 3. Penghulu Segala Hari. Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat. 4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat. Menurut Rasulullah SAW: " Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur." 5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” 6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah. " Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan." ( Hadis riwayat Tirmizi) Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
" Pada Hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan." ![]()
|
![]()
![]()
|